Halaman

Selasa, 25 Januari 2011

:: Hukum Menghadiahkan Pahala Bacaan Surah al-Fatihah dan Seumpamanya kepada junjungan nabi Muhammad s.a.w. ::


:: Hukum Menghadiahkan Pahala Bacaan Surah al-Fatihah dan Seumpamanya kepada junjungan nabi Muhammad s.a.w. ::

Tuntutan: “Pada Menyatakan Hukum ‘Harus’ Menghadiahkan Pahala Bacaan Surah Al-Fatihah Dan Seumpamanya ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Serta Iringan Mengucapkan Lafaznya, Bertujuan Untuk Menambah Kemuliaan Baginda.”**



Terjemahan Oleh: Mohammad Taha Hj. Hassan





(Soalan )10. (Imam Ibnu Hajar al-Haitami) ditanya: Mengenai seorang lelaki yang mengucapkan ‘al-Fatihah’ bertujuan untuk menambahkan kemuliaan nabi Muhammad s.a.w. (bersedekah membaca al-Fatihah). Kemudian bangun seorang lelaki daripada kalangan ahli ilmu (setelah mendengar ucapan itu), lantas berkata kepada lelaki tersebut: “Kamu telah kafir! Jangan ulangi kata-katamu ini, (ucapan sedekah al-Fatihah). Sekali lagi ia boleh mengkafirkan kamu!!”



Adakah (benar) perkara tersebut? Adakah harus untuk mengatakan kepada seseorang yang menlafazkan ucapan (sedekah) al-Fatihah tersebut sewenang-wenangnya boleh mengatakan “Kamu telah kafir” atau “Kamu kafir”? Apakah balasan (hukuman) yang mesti dikenakan ke atas orang yang melemparkan ungkapan ‘kafir’ tersebut? Pada masa yang sama, sangkaan beliau adalah merupakan daripada kalangan ahli ilmu?



Maka saya (Imam Ibnu Hajar al-Haitami) menjawab - Semoga Allah meluaskan kedudukan (kekalan dan kewujudan) nabi Muhammad s.a.w. serta memanfaatkan ilmu dan keberkatannya – Bukanlah lelaki yang mengatakan sedemikian rupa (lafaz kafir) kepada lelaki yang mengungkapkan ‘al-Fatihah’ (hingga seterusnya) adalah merupakan ciri seorang daripada kalangan ahli ilmu, bahkan kata-kata dan keingkarannya menunjukkan bahawa itu adalah kejahilan dan keterlampauan dirinya. Sesungguhnya beliau tidak memahami apa yang dikatakan dan tidak pula mengetahui apakah kesan (akibat) yang akan dikenakan ke atas dirinya tentang perkara tersebut berdasarkan ketetapan ulama terhadap kejahilan dan kefasikan dirinya. Ketetapan ulama ke atas dirinya (orang yang mengatakan kafir) adalah di sebabkan sikap ‘At-Tahawwur’ (terlalu cepat memutuskan hukum tanpa dalil yang lengkap dan fahaman yang benar). Bagaimana beliau mengkafirkan seorang muslim, di mana tiada seorang pun yang mengkafirkannya? Bahkan kedapatan pendapat daripada sekumpulan ulama Mutaqaddimin (terdahulu) dan Mutaakhirin (terkemudian) yang menyatakan hukum ‘Istihsan’ (perkara yang dilihat baik) pada perkara tersebut (sedekah al-Fatihah). Seperti mana akan saya jelaskan pada anda berkenaan kalam mereka (tentang perkara ini).



Oleh yang demikian, sekiranya beliau (orang yang berkata kafir) itu bertujuan mengkafirkan atas nama agamanya (Islam) dengan ungkapan kafir (kafir secara sengaja), maka beliau juga turut kafir, dan hendaklah dipancung lehernya jika beliau tidak bertaubat. Kerana beliau menamakan Islam itu kafir. Sekiranya beliau tidak bermaksud untuk mengkafirkannya atas nama Islam, ‘haram’ ke atasnya terhadap keingkaran yang dilakukan. Di samping beliau berhak mendapat hukuman dan ‘Ta’dib al-Baligh’ (tindakan tata tertib dan adab disiplin yang ketat) serta ‘wajib’ ke atas hakim Syariah al-Mutahharah untuk melaksana –Semoga Allah memberi petunjuk dan membawanya ke jalan kebaikan- hukuman dan ta’zir ke atasnya, berdasarkan kesesuaian terhadap keterlampauannya yang buruk serta ‘Tahawwurat’ yang dahsyat ini.



Telah sampai (khabar) kepada saya (Imam Ibnu Hajar al-Haitami) bahawa sesungguhnya lelaki tersebut dihukum (balasan) dengan (lontaran yang sama oleh hakim syariah) iaitu hukuman ‘kafir’. Dan beliau diminta untuk bertaubat serta disuruh untuk melafazkan 2 kalimah syahadah (untuk memperbaharui Islamnya). Dan ini adalah kesilapan daripada dirinya sendiri di sebabkan keterlampauan melakukan dosa, kefasikan dan berkelakuan buruk terhadap Allah s.w.t dan nabi Muhammad s.a.w serta syariatnya yang agung, di mana berlaku sesuatu pada syariat Allah s.w.t satu perkara yang tidak pernah berlaku sebelumnya (iaitu isu mengkafirkan orang Islam yang lain tanpa sebab).



Sekiranya dakwaan kafirnya itu selamat (betul) sekalipun, adalah menjadi suatu kewajipan padanya untuk mengenal (mengajar) kepada orang awam (yang tidak mengetahui) terhadap perkara tersebut. Sekiranya (mereka) taat pada ajaran tersebut, maka ia adalah satu perkara yang jelas. Dan sekiranya bertentangan dengannya (perkara yang dilakukan oleh orang awam), maka larangilah ia. Dan ada pun apabila berlaku keadaan secara tiba-tiba terkeluar daripada (mulut) orang awam tersebut, satu kalimah yang tidak difahami seorang pun melainkan ia bertujuan untuk memuliakan dan memberi penghormatan untuk kedudukan nabi Muhammad s.a.w yang tinggi (terpuji), dalam masa yang sama seseorang telah mengkafirkannya (orang awam) atau mengungkapkan kalimah seumpamanya (seperti musyrik), di sebabkan hanya kalimah yang keluar daripada mulut orang awam tersebut, maka ia menunjukkan kejahilan dan kebodohan orang (si pendakwa) tersebut. Sesungguhnya beliau tidak mengetahui syarat Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar serta sebab yang membawa kepada kekufuran manusia dan perkara yang tidak mengkufurkannya. Cukuplah, anda sebagai saksi terhadap apa yang berlaku tentang permasalahan yang banyak diperkatakan oleh ulama mengenainya (masalah sedekah al-Fatihah), di samping ketidakcukupan (terhimpun) ilmu lelaki ini (orang yang mendakwa kafir). Dan tiada penyelesaian pada lelaki tersebut terhadap perkara yang difahaminya. Oleh yang demikian, beliau hendaklah merujuk perkara yang tidak diketahui kepada ahlinya yang mengetahui (ulama) untuk mereka menerangkan kepadanya berkaitan hukum dan kalam ulama tentang perkara tersebut. Bukanlah perkara ini satu cipta reka dari ulama Mutaakhirin, bahkan ia ada dinyatakan oleh ulama agung daripada kalangan Mutaqaddimin seperti imam al-Hulaimi dan sahabatnya imam al-Baihaqi. Cukuplah bagi anda untuk kedua orang imam yang hebat ini serta pengikutnya daripada kalangan ulama Mutaakhirin, iaitu seorang penyunting mazhab (yang terkenal) imam Abu Zakaria Nawawi Rahimahullah Ta’ala, di dalam kitabnya ‘Raudhah’ dan ‘Minhaj’.



Beliau (imam Nawawi) berkata di dalam kedua-dua kitabnya;



( صلى الله عليه وسلم وزاده فضلا وشرفا لديه )



Bermaksud: “Allah berselawat dan memberi salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w., dan ditambahkan penghormatan serta kemuliaan di sisinya (Allah s.w.t)”.



Cukuplah untuk anda dengan 2 kitab ini, seolah-olah orang yang mengingkari tidak pernah membaca isi yang terkandung di dalam kitab al-Feqh (mana-mana mazhab yang muktabar) dan tidak pula al-Minhaj (mazhab khas imam Syafie). Inilah keadaan orang yang mengkafirkan orang lain, bagaimana beliau begitu mudah (cepat) dengan mengingkari perkara ini serta memutuskan sesuatu hukum tanpa dalil yang lengkap dan fahaman yang benar?! Jika anda mengetahui (merujuk) tentang penjelasan imam Nawawi mengenainya (sedekah al-Fatihah) di dalam kedua kitab ini (Raudhah dan Minhaj), yang mana keduanya adalah merupakan (sandaran & rujukan kitab) bagi penghulu mazhab (mazhab imam Syafie), nescaya anda mengetahui kebatilan dakwaan pengingkaran terhadap orang yang jahil ini.



Sesungguhnya sangkaan beliau mengenai ‘penambahan kemuliaan’ untuk nabi Muhammad s.a.w itu adalah merupakan kedudukan asal baginda yang kurang (rendah), hanyalah tanggapan yang batil dan tiada dalil mengenainya. Sebagaimana (kenyataan ini) telah dijelaskan oleh 2 tokoh imam yang hebat, iaitu imam Hulaimi dan imam al-Baihaqi terhadap penyelewengan dan kebatilannya. Ibarat (contoh) yang pertama seperti yang terkandung di dalam kitab Syua’b al-Iman: Apabila kita berkata:



“اللهم صل على محمدا”



Maka, sesungguhnya kita (sebenarnya) menginginkan: “Ya Allah! Kurniakan keagungan nabi Muhammad s.a.w di dunia dengan mengangkat sebutan (namanya), menzahirkan agamanya (Islam), mengekalkan syariatnya. Dan di akhirat pula dengan mendapat syafaat baginda nabi untuk umatnya, diberikan ganjaran dan pahala, mendahulukan kemuliaannya daripada umat-umat yang terdahulu dan yang terkemudian dengan kedudukan yang terpuji serta kebersamaannya dengan kumpulan al-Muqarrabin yang menyaksikan (kewujudan dan kesaan Allah s.w.t).”



Berkata imam al-Hulaimi: “Dan inilah perkara-perkara yang telah Allah s.w.t wajibkan (memberikan kelebihan) untuk nabinya Muhammad s.a.w (hak untuk baginda), dan setiap sesuatu dari kelebihan tersebut memiliki darjat dan kemuliaan. Sesungguhnya harus hukumnya jika salah seorang daripada umatnya berselawat, kemudian memohon kepada Allah s.w.t untuk memperkenankan doanya dengan (susunan ayat pujian) bagi menambahkan kemuliaan nabi pada setiap perkara (keadaan) yang kita namakan sebagai kedudukan dan darjat (yang mulia). Dan inilah tujuan maksud selawat yang sebenar, iaitu menunaikan hak nabi s.a.w dan mendekatkan diri dengan ucapan selawat kepada Allah s.w.t. Seterusnya, kenyataan yang menunjukkan di atas ucapan kita;



“اللهم صلى على محمد صلاة منا عليه”



Sesungguhnya kita tidak memiliki untuk sampai ke tahap hakikat selawat Allah s.w.t ke atas junjungan nabi terhadap apa yang diagungkan oleh Allah s.w.t untuk kemuliaan darjat serta kedudukan baginda di sisinya. Itu semua tertakluk di bawah kekuasaan Allah s.w.t. Maka, benarlah bahawa selawat kita untuk nabi s.a.w adalah ‘doa’ untuk baginda serta pengharapan daripada Allah s.w.t untuk pujian padanya.” – selesai kalam al-Hulaimi di dalam kitabnya Syua’b.-



Perhatikan kata-kata imam al-Hulaimi:



“وإجزال أجره ومثوبته”



Bermaksud: “Limpahkan ganjaran dan pahalanya.”



Dan ungkapannya:



“أن يزاد النبي صلى الله عليه وسلم”



Bermaksud: “(Untuk) ditambahkan ( kedudukan) nabi s.a.w.…”, hingga ke akhirnya.



Anda akan dapati secara jelas (terhadap ungkapan imam al-Hulaimi), bahawa sesungguhnya penambahan kedudukan (kemuliaan) nabi Muhammad s.a.w dapat diterima dari segi perkara ‘pahala’ dan selainnya, berikutan (hasil) dari perkara-perkara yang boleh menambahkan kemuliaan dan kebesaran baginda s.a.w. Perkara ini dikuatkan lagi, bahawa sesungguhnya baginda nabi s.a.w adalah makhluk yang paling sempurna dan paling baik di kalangan mereka sehingga tidak dapat dibilang dan dikira ciri-ciri pujian kesempurnaannya yang tinggi. Bahkan kedudukan baginda sentiasa bertambah terhadap pujian tersebut dan tiada had ke penghujungnya. Kedudukan demi kedudukan yang mulia hasil dari (doa dan pujian tersebut), ia tidak dimaklumkan (diketahui) ke atas diri orang tersebut (lelaki yang bersedekah al-Fatihah) dan yang mengetahui keadaan tersebut hanyalah Allah s.w.t. Oleh yang demikian, sifat kesempurnaan baginda nabi s.a.w bersama keagungan Allah s.w.t tidak melarang (lelaki tersebut) untuk menyampaikan hajatnya bagi menambahkan lagi lebih banyak, ketinggian serta (keadaan) berterusan pujian kepada nabi atas kurniaan (kelebihan) Allah s.w.t daripada sifat pemurah dan kemuliaannya. Sesungguhnya tiada penghujung bagi kekayaan Allah s.w.t yang luas dan tidak pula (kurang) kepada sifat kesempurnaan nabi Muhammad s.w.t terhadap kurniaan yang telah dianugerahkan pada perkara tersebut (pujian).



Dan ibarat imam al-Baihaqi pada tafsirnya:



“السلام عليك أيها النبي”



Dan berkemungkinan ia bermaksud: السلامة “Al-Salamah” (yakni keselamatan); iaitu Allah s.w.t berkehendakkan ke atasmu (nabi Muhammad s.a.w) سلام Salam (keselamatan/kesejahteraan). Seterusnya, kalimah السلام ‘al-Salam’ seperti terdapat pada (susunan) kalimah المقام ‘al-Maqam’. Dan المقامة “Al-Maqamah” bermaksud: “Allah menyelamatkan kamu daripada celaan (kecaman) dan kekurangan.”



Maka, apabila anda mengatakan;



“اللهم سلِّم على محمد”



Sesungguhnya anda berkehendakkan: “Ya Allah, tuliskan (takdir di Luh Mahfuz) untuk nabi Muhammad s.a.w terhadap dakwah, umat serta sebutannya, ‘SELAMAT’ dari setiap kekurangan. Maka, ‘tambahkan’ kemuliaan seruan dakwahnya (tauhid, syariat dan agama) pada hari-hari yang berlalu, keberkatan untuk umatnya serta ditinggikan sebutan (nama dan darjatnya),” –selesai-.



Maka, perhatikanlah. Nescaya anda dapati dengan jelas manfaat (yang boleh diambil) terhadap kalam gurunya iaitu imam al-Hulaimi pada perkara yang ditunjukkan (seperti di dalam kitabnya Syua’b). Oleh itu, jelaslah kedua-dua contoh tersebut di samping disusuli pula (keterangan) oleh imam Nawawi. Oleh yang demikian, yang mana satu syubhat (keraguan) yang masih berbaki dalam masalah ini yang dipegang oleh orang yang ingkar lagi jahil itu. Seolah-olah, beliau langsung tidak mengambil perhatian terhadap apa yang dikatakan pada setiap tahun ketika dapat melihat Ka’bah yang mulia dari bacaan doa yang dibacakan pada waktu itu;



“اللهم زد هذا البيت تشريفاً وتكريماً وزد من شرفه”



Bermaksud: “Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan dan kebesaran rumah ini serta tambahkan (darjat) kemuliaannya.”



Maka, sesungguhnya jelas perkara tersebut bahawa doa yang berkenaan dibacakan oleh nabi s.a.w (kerana baginda yang mengajarkannya). Sesungguhnya doa untuk penambahan (kemuliaan kedudukan) itu tidak perlu menentu sahkan kekurangan. Dan keterangan yang terkandung di dalam doa tersebut adalah untuk Ka’bah yang mulia dengan bertujuan untuk menambahkan kemuliaannya. Di mana doa tersebut dihadapkan ke arahnya sewaktu dilafazkan. Tidak berkurang sedikit pun padanya sehinggakan dituntut dengan pembacaan doa ini untuk menyempurnakan (kedudukan Ka’bah) dari kekurangannya. Seolah-olah maksud penambahan padanya adalah penambahan dari segi kesempurnaan, tiada lagi tujuan yang lain. Begitu juga doa yang dipanjatkan untuk kemuliaan nabi s.a.w berdasarkan doa yang warid ini (doa Ka’bah) merangkumi (zat, ruh dan jasad) nabi s.a.w. Oleh yang demikian, orang yang melafazkan doa padanya (Ka’bah):



“... إلى آخرهوزده من شرفه وعظمه وحجه واعتمره”



Bermaksud: “Dan tambahkan (darjat) kemuliaan dan kebesarannya serta orang yang melaksanakan haji dan umrah (di sekelilingnya)” hingga ke akhirnya.1



Doa ini merangkumi nabi s.a.w., bahkan seluruh para nabi yang melaksanakan haji di rumah (Ka’bah) ini. Mereka para nabi semuanya (atau paling tidak pun sekumpulan daripada mereka berdasarkan perselisihan tentang perkara tersebut), maka kita ketahui bahawa kedapatan doa untuk menambahkan darjat kemuliaan pada nabi s.a.w. serta para Anbiya a.s.w.

Ditunjukkan juga tentang perkara tersebut satu hadith masyhur, daripada Ubai bin Ka’ab r.a. berkata:



"كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا ذهب ثلث الليل قام فقال: ياأيها الناس اذكروا الله جاءت الراجفة تتبعها الرادفة، قد جاء الموت بما فيه، قال أبيّ فقلتُ: يا رسول الله إني أكثر الصلاة عليك، فكم أجعل لك من صلاتى؟ فقال: ما شئت، قلتُ: الربع، قال: ما شئت، وإن زدت فهو خير لك، قلتُ: أجعل لك صلاتى كلها؟ قال: إذا تكفى همُك ويغفر ذنبك."



Bermaksud: “Sewaktu Rasulullah s.a.w. bangun setelah perginya 1/3 malam, seraya bersabda: Wahai manusia! Ingatilah Allah. Telah datang (tiupan sangkakala yang pertama) yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan), diikuti pula oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing); telah datang kematian dengan kesengsaraan yang berlaku. Maka Ubai berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ini banyak bersolat ke atasmu, maka berapa yang boleh aku jadikan (berikan) padamu hasil dari solatku? Nabi berkata: Seperti yang kamu inginkan. Aku berkata: ¼. Nabi bersabda: Seperti yang kamu inginkan. Kiranya kamu tambah (lebih banyak berselawat), maka ia lebih baik untukmu. Aku berkata: (bolehkah) Aku ingin jadikan (berikan) padamu solatku ke semuanya? Nabi bersabda: Yang demikian, cukuplah kesusahanmu dan diampunkan dosamu.”



- Hadith Hasan di sisi imam Tirmizi dan disahihkan oleh al-Hakim di dua tempat di dalam kitabnya ‘al-Mustadrak’.-



Dalam satu riwayat menjelaskan:



"إذا ذهب ربع الليل"



Bermaksud: “Apabila perginya ¼ malam”.



Dan riwayat yang lain:



"قال: يا رسول الله أرأيت صلاتي كلها لك؟ قال: إذن يكفيك همك من أمر دنياك وآخرتك."



Bermaksud: Ubai berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu melihat, solatku semuanya diberikan padamu? Nabi bersabda: Sewajarnya, dicukupkan untukmu kesusahan dari urusan dunia dan akhiratmu.”2



Dalam riwayat yang lain (oleh al-Bazzar):



"قال رجل يا رسول الله أجعل شطر صلاتى دعاء لك؟ قال: نعم. قال: فأجعل صلاتى كلها دعاء لك؟ قال: إذاً يكفيك الله همّ الدنيا والآخرة."



Bermaksud: Berkata seorang lelaki: “Wahai Rasulullah, (bolehkah) aku ingin jadikan (berikan) sebahagian solatku sebagai doa untukmu? Nabi bersabda: Ya. Lelaki tersebut berkata: Oleh itu, aku ingin jadikan solatku ke semuanya doa untukmu. Nabi bersabda: Yang demikian, Allah mencukupkan kamu kesusahan dunia dan akhirat.” 3



Dalam riwayat yang lain,



"أجعل لك نصف دعائي؟ قال: ما شئت؟ قال: الثلثين، قال: ما شئت، قال: أجعل دعائي كله لك؟ قال: إذاً يكفيك الله همّ الدنيا (وهمّ) الآخرة."



Bermaksud: “(Bolehkah) aku ingin jadikan ½ doaku untukmu? Nabi bersabda: Seperti yang kamu inginkan. Lelaki tersebut berkata: 2/3. Nabi bersabda: Seperti yang kamu inginkan. Lelaki tersebut berkata: Aku ingin jadikan doaku ke semuanya untukmu? Nabi bersabda: Oleh yang demikian, Allah mencukupkan kamu kesusahan dunia dan kesusahan akhirat.”



Dengan periwayatan ini, diketahui bahawa maksud kalimah ‘solat’ pada riwayat yang pertama dan apa yang selepasnya adalah merupakan ungkapan ‘doa’. Sesungguhnya, siapa yang mentafsirkannya sebagai ‘solat hakiki’ (sembahyang) serta diberikan maksud yang sama berkenaan pahalanya (pahala seperti solat fardhu), maka ia adalah definisi yang sangat jauh. Bahkan makna (yang sebenar): “Sesungguhnya bagiku (Ubai bin Ka’ab) sewaktu aku doakan padanya (nabi) untuk diriku, maka berapa yang boleh aku berikan doaku untukmu.”



Oleh yang demikian, perkara ini telah diputuskan sendiri oleh Syeikh al-Islam al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani seperti yang dinukil oleh pelajarnya al-Hafiz al-Sakhawi, beliau berpendapat (Ibnu Hajar Al-Asqalani) ‘mengistihsankannya’ (menganggap satu perkara yang baik terhadap perkara tersebut): “Dan hadith ini adalah satu (sumber nas) asal yang besar bagi orang yang berdoa selepas membacanya (al-Fatihah). Maka, berkata (orang yang berdoa): Jadikan pahala itu (bacaan al-Fatihah) untuk saidina Rasulullah s.a.w.”



Adapun orang yang berdoa: “..(kurniakan) pahala seperti itu sebagai tambahan untuk kemuliaan nabi s.a.w...”, diketahui bahawa kesempurnaan baginda adalah pada kemuliaan. Semoga pandangan yang membawa maksud tuntutan tambahan pada kemuliaan nabi s.a.w. itu adalah diterima di samping diberikan pahala atas bacaannya.



Dan jika salah seorang umat nabi Muhammad s.a.w. diberikan pahala kerana melakukan satu dari amalan-amalan yang baik, kemudian diajarkan pula amalan baik tersebut pada manusia yang lain sudah tentu pahalanya juga diperoleh seperti yang diajar. Apatah lagi untuk manusia utama yang mengajarkan perkara kebaikan iaitu nabi Muhammad s.a.w., sudah tentu baginda mendapat semua pahala yang diajarkannya. Maka inilah makna penambahan pada kemuliaan nabi s.a.w., meskipun kemuliaan baginda itu sempurna lagi mutlak tanpa ada kekurangan sedikit pun.



Terdapat dalil yang menyatakan apabila seseorang melihat Ka’bah:



“اللهم زد هذا البيت تشريفاً وتكريماً وتعظيماً”



Bermaksud: “Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, kebaikan dan kebesaran rumah ini.”



Oleh yang demikian jika diketahui perkara ini, maka ia difahami bahawa makna ucapan orang yang berdoa (sama seperti):



"اجعل مثل ثواب ذلك"



Bermaksud: “Jadikan (kurniakan) pahalanya seperti itu”



Yakni, terimalah bacaan al-Quran ini untuk disampaikan pahala yang seumpamanya kepada nabi s.a.w. – Selesai.



Dan hasilnya, sesungguhnya tuntutan penambahan pahala untuk baginda nabi keadaannya berlaku seperti tuntutan untuk meramaikan pengikutnya, terutama bagi meramaikan lagi golongan ulama. Begitu juga tuntutan terhadap menaikkan darjat dan kedudukan baginda yang mulia seperti keterangan yang dijelaskan oleh imam al-Hulaimi r.a.



Seterusnya, pandangan ini ditolak seperti yang terdapat di dalam penjelasan fatwa syeikh al-Islam al-Bulqini, sewaktu beliau ditanya mengenai doa seseorang yang melafazkan ungkapan berikut: “Jadikan pahala ke semua bacaan al-Quran ini sebagai hadiah untuk sayyiduna Muhammad.”



Beliau menjawab: “Pahala bacaan al-Quran tersebut tetap sampai kepada baginda nabi s.a.w, kerana baginda adalah merupakan orang yang bertanggungjawab menyampai dan menerangkan al-Quran, maka si pembaca ‘tidak perlu’ untuk menyebutkan hadiah pahala bacaan tersebut.” -(selesai fatwa)-



Seterus, sekiranya disebutkan doa seperti:



“…اللهم آت سيدنا محمدا الوسيلة والفضيلة ”



Bermaksud: “Ya Allah, kurniakan kepada junjungan saidina nabi Muhammad kedudukan tinggi dan terpuji..” sehingga ke akhirnya.

Hukumnya tetap tidak terhalang. Bahkan ia diterima syara’. Tidaklah sesuatu perbuatan itu dilakukan melainkan ada dengan keizinan syara’.



Sesungguhnya saat baginda datang kepada saidina Umar untuk menegur sesuatu yang berkaitan seperti keadaan tersebut, (dalam masa yang sama) baginda mengetahui bahawa saidina Umar adalah seorang yang kuat menjaga adab pada perkara yang berkaitan dengan nabi s.a.w. Begitu juga, sekiranya pendakwah tersebut tidak mementingkan penjagaan adab, maka beliau tidak berhak untuk menyampaikan sesuatu perkara (seperti yang dinyatakan) sehingga beliau terlebih dahulu mempelajari cara aplikasi adab yang sebenar. –Selesai.



Kesimpulan hukum yang sama juga diputuskan (hukum pahala bacaan) oleh syeikh A’lamuddin (anak syeikh al-Balqini). Beliau berkata: “Tidak seharusnya untuk seseorang menyampaikan doanya dengan berkata; “Ya Allah, jadikan pahala yang kami bacakan ini tambahan untuk kemuliaan saidina Muhammad Rasulullah s.a.w.”, melainkan (didatangkan) dengan dalil.”-selesai.



Anda seorang yang berpengetahuan, bahawa beliau (syeikh A’lamuddin) berpandangan seperti bapanya. Bukanlah mereka berdua daripada kalangan orang yang berpandangan tidak sampai pahala bacaan al-Quran kepada si mati. Akan tetapi, kedua-duanya cuba untuk menyatakan tidak seharusnya berkata begitu melainkan didatangkan dengan dalil. Yakni, tidak digalakkan berkata begitu kecuali disertakan dalil yang menunjukkan keharusan perkara tersebut. Bukanlah makna ungkapan mereka berdua menunjukkan perkara tersebut tidak boleh.



Yang jelas, bahawa mereka berdua tidak memberi perhatian terhadap apa yang kita nyatakan berkenaan penjelasan imam Nawawi dan ulama yang lain, kedapatan di sana pandangan syeikh al-Islam al-Qayati yang tidak bersetuju terhadap pandangan mereka berdua. Beliau menyatakan di dalam kitab Al-Raudah: “Sesungguhnya seorang pembaca apabila membaca (ayat Quran), kemudian menjadikan pahala bacaan tersebut untuk si mati, maka doa pahala yang dinyatakan memberi manfaat kepada si mati.”



Berkata imam Nawawi di dalam kitab al-Azkar: “Pandangan yang dipilih (adalah sampai) bahawa menjadikan pahala bacaan al-Quran untuk si mati, seraya orang yang berdoa berkata: “Ya Allah, jadikan pahalanya sampai kepada si mati.”



Ketahuilah bahawa kudrat (kuasa) Allah s.w.t walau dengan cara apa sekalipun terhadap sesuatu perkara, tetap tiada batasannya. Telah ditetapkan di dalam perbahasan ilmu kalam bahawa kudrat Allah s.w.t tiada penghujungnya. Begitu juga, pilihan Allah tidak dapat dipersoalkan (dipertikaikan). Kedudukan yang sempurna lagi tertinggi di dalam darjat yang sempurna ia adalah selama-lamanya sempurna. – Selesai.



Di dalam perbahasan ini, ia perlu kepada perbahasan yang terperinci dan mendalam. Perkara ini juga dipersetujui oleh sahabat imam Nawawi, syeikh al-Islam al-Syarif al-Munawi, beliau berfatwa dengan hukum ‘Istihsan’ (perkara yang dianggap baik) terhadap doa ini.

Bersandarkan kepada pendapat (imam Nawawi) di dalam kitab al-Minhaj:



"وزاده فضلا وشرفا لديه"



Bermaksud: “Tambahkan kelebihan dan kemuliaan padanya.”



Begitu juga persetujuan yang sama oleh sahabat kedua imam ini (imam Nawawi dan al-Munawi) iaitu imam al-Hanafiah al-Kamal bin al-Himam. Bahkan kedua-dua imam ini (imam Nawawi dan al-Munawi) melebihkan dalam memberi kemuliaan pada kedudukan nabi s.a.w. Yakni dijadikan setiap yang sahih (benar) berdasarkan bentuk doa ini sebagai ‘al-Kaifiat al-Waridah’ (konsep pengibadatan secara syara’) di dalam menyampaikan selawat ke atas junjungan nabi s.a.w seperti yang terdapat di dalam kaifiat doa untuk menambahkan kemuliaan nabi. Di antara (contoh) susunan selawatnya:



"اللهم صل أبداً أفضل صلواتك على سيدنا محمد عبدك ونبيك ورسولك محمد وآله وسلم عليه تسليمًا كثيرًا، وزده شرفًا وتكريمًا، وأنزله المنزل المقرب عندك يوم القيامة"



Bermaksud: “Ya Allah, selawat untuk selamanya dengan sebaik-baik selawatMU ke atas junjungan saidina Muhammad, hambaMU, nabiMU, rasulMU, Muhammad dan keluarganya serta kesejahteraan yang melimpah ruah ke atasnya. Tambahan untuk baginda darjat kemuliaan dan kesempurnaan, tempatkan kedudukan baginda hampir denganMU di hari kiamat kelak.” – Selesai.



Maka lihatlah, bagaimana dijadikan konsep ibadat yang baik (selawat) untuk junjungan baginda nabi s.a.w seperti yang terkandung di dalam selawat ‘Tasyahhud’. Dan apa yang terkandung di dalamnya itu datang dari periwayatan yang banyak cabang jalannya. Seperti selawat yang lain, terkandung di dalamnya kaifiat doa seperti;



وزده تشريفاً وتكريماً



Bermaksud: “Tambahkan kemuliaan dan kebaikan baginda.”



Rasional dijadikan tuntutan penambahan (kemuliaan nabi) ini adalah penyebab untuk mendapatkan keberkatan, kerana kelebihan yang terkandung di dalam selawat tersebut berdasarkan konsep pengibadatan yang datang daripada nabi s.a.w. Keterangan ini jelas daripada pandangan imam al-Muhaqqiq (al-Kamal bin a-Himam) berdasarkan penjelasan beliau dalam menuntut kesempurnaan untuk baginda s.a.w. Oleh yang demikian, bagaimana dalam masa yang sama kesamaran boleh berlaku dengan menyatakan bahawa perkara tersebut adalah ‘haram’?!



Perkara ini juga disepakati oleh sahabat mereka (imam Nawawi, al-Munawi dan al-Kamal) iaitu syeikh al-Islam Abu Yahya Zakaria al-Ansari. Beliau ditanya tentang seorang ‘Wa’iz’ (penasihat agama) yang menyatakan: “Tidak boleh secara ijmak ulama bagi si pembaca al-Quran dan hadith untuk menghadiahkan ganjaran pahala yang sama untuk tujuan tambahan pada lembaran (amalan catitan) saidina Muhammad s.a.w. Dengannya juga ia telah difatwakan oleh ulama terdahulu dan terkemudian.”



Maka, beliau (Syiekh Zakaria al-Ansari) menjawab: “Sesungguhnya dakwaan oleh al-Wa’iz yang sedikit ilmu ini menyebabkan beliau berhak untuk dita’zir (dihukum) berdasarkan pandangan hakim yang memerintah seperti dipenjara atau dipukul, diberikan upah kepada orang yang menahannya serta berdosa pula bagi orang yang membantunya atas perkara tersebut.”



Di sini saya (ibnu Hajar al-Haitami) ingin menyebutkan perkara tersebut secara terperinici, adapun orang yang mendakwa bahawa tidak harus menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada nabi s.a.w yang sebenarnya perkara tersebut adalah perkara yang menjadi perselisihan (bukan secara ijmak pengharamannya seperti yang didakwa). Bahkan perkara tersebut adalah harus. Yang pelik, bagaimana ungkapan tersebut keluar dengan dakwaan bahawa ia adalah ijmak ulama Islam dan fatwa ulama terdahulu serta yang terkemudian sambil menyatakan bahawa ia adalah perkara yang tidak harus (haram). Adakah ini tidak lain adalah merupakan keterlampauan dalam urusan agama Allah Ta’ala? Sesungguhnya keharusan perkara tersebut seperti yang anda lihat tersebar lagi tersiar di setiap masa dan tempat.



Sekiranya anda mengatakan, bahawa doa penambahan kemuliaan untuk nabi s.a.w itu adalah dilarang, kerana ia dihukumkan dengan sifat yang sebaliknya (kedudukan baginda yang khas dan tetap) sehingga ia dituntut untuk menambahkan kemuliaan baginda sedangkan baginda memiliki kedudukan haknya yang tersendiri.



Saya berpendapat (ibnu Hajar al-Haitami): “Ketahuilah wahai saudara –semoga Allah menyatukan pandangan saya dan anda- sesungguhnya nabi kita s.a.w adalah semulia-mulia makhluk dan paling sempurna di kalangan mereka. Baginda sentiasa di dalam keadaan sempurna dan sering bertambah kemuliaan dari satu kesempurnaan ke satu tingkat kesempurnaan, tiada siapa yang tahu hakikatnya melainkan Allah s.w.t. Dan tiada batasan dalam tambahan kesempurnaan dan kemuliaan nabi s.a.w berdasarkan kepada diri baginda selepas dinyatakan kedudukannya sebagai semulia-mulia makhluk. Dan kita dituntut untuk menambahkan kemuliaan baginda sehingga ke darjat yang tidak diketahui hakikatnya melainkan Allah s.w.t. Dan faedah tuntutan kita untuk meninggikan sebutan tambahan kemuliaan baginda itu berhasil, di samping janji Allah Ta’ala (meredhai) atas perkara-perkara berikut;



Antaranya, menyatakan kemuliaan baginda nabi s.a.w, kesempurnaan kedudukan dan keagungan haknya serta meninggikan sebutan dan penghormatan baginda. Menetapkan bahawa baginda s.a.w. adalah sebaik-baik manusia dengan memberi hidayah kepada mereka berdasarkan petunjuk agama Islam yang mulia. Seterusnya, antara kelebihannya kita mendapat pahala seperti amalan ibadat yang lain.

Sebagai tambahan rujukan terhadap kenyatan yang kita nyatakan, terdapat di dalam hadith sahih daripada ibnu Abbas r.a.:



((كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس، وكان أجود ما يكون فى رمضان حين يلقاه جبريل عليه السلام))



Bermaksud: “Bahawa Rasulullah s.a.w. itu adalah semulia-mulia manusia, lebih-lebih lagi ketika baginda bertemu Jibril pada bulan Ramadhan. Baginda bertemu Jibril pada setiap malam bulan Ramadhan untuk mempelajari (membaca al-Quran).”4



Maka, lihat dan perhatikan kesimpulan hadith tersebut. Sesungguhnya ia boleh diteliti berdasarkan pengkhususan demi pengkhususan baginda secara berperingkat. Maka, kelebihan baginda boleh dirumuskan seperti berikut;



1. Kemuliaan baginda ke atas manusia secara keseluruhannya.

2. Kemuliaan baginda pada bulan Ramadhan ke atas seluruh waktu.

3. Kemuliaan baginda ketika bertemu Jibril pada bulan Ramadhan.



Yang nyata (seperti di atas), ia adalah tambahan dan kelebihan kemuliaan pada diri baginda secara berperingkat. Maka, fahamilah kandungan hadith tersebut terhadap apa yang kita nyatakan ini. Dan perumpamaan yang kita nyatakan mengenai tuntutan ini adalah (seperti doa berikut):



"اللهم زد هذا البيت تشريفاً"



Bermaksud: “Ya Allah, tambahkan kemuliaan rumah ini (Ka’bah).”



(Seperti yang difahami), doa tersebut adalah merupakan hak ke atas Baitullah al-Haram, maka sesungguhnya doa untuk tambahan kemuliaan (Ka’bah) adalah disuruh dengannya. Tiada seorang pun yang menyatakan bahawa ia adalah perkara yang dilarang. – Selesai kenyataan imam al-Kamal rahimahullah.



Hakikat sebenarnya, perkara ini adalah bertujuan untuk pengibadatan dan ketaqwaan –bersyukur di atas kurniaannya-. Maka perhatikanlah, hukumilah (orang yang melontarkan kufur ke atas umat Islam yang lain) terhadap apa yang berlaku ke atas penentangannya yang jahil, pelampau, gemar menghukumkan sesuatu tanpa dalil dan cepat berkeputusan (buruk) terhadap kenyataan yang diungkapkan berdasarkan keingkarannya. Sekaligus, ianya terkeluar daripada sunnah-sunnah (ikutan) orang yang memberi petunjuk, di mana kesannya boleh membawa kepada keaiban yang amat buruk. Di mana, beliau bukan sahaja mengingkari perkara yang harus, tetapi terhadap perkara yang baik. Seperti yang lalu, lebih daripada seorang yang menjadikan (umat Islam lain) sebagai orang kafir (kufur). Maka, adakah ini tidak lain merupakan pelampau dalam agama Allah (Islam) dan penipuan ke atasnya. Maka, selayaknya orang yang sedemikian perlu dihukum di dunia dan akhirat.

Diriwayatkan oleh imam Tabarani dengan sanad yang Mauquf, yang mana sanadnya diteliti oleh imam ibnu Kathir. Daripada Ali r.a., sesungguhnya beliau mengajar manusia berselawat ke atas junjungan besar nabi s.a.w, lantas beliau membaca doa yang panjang dari susunan ayatnya:



"اللهم افسح له فى عدنك واجزه مضاعفات الخير من فضلك، مهنئات له غير مكدِّرات، ومن نول ثوابك المحلول، وجزيل عطائك المعلول، اللهم أعل على بناء الناس بناه وأكرم مثواه لديك ونُزُله، وتمِّمْ له نوره وأجره – من انبعاثك له – مقبول الشهادة، مرضيَّ المقالة، ذا منطق عدل وخطة فصل وبرهان عظيم"



Bermaksud: Ya Allah, luaskanlah tempat baginda nabi di dalam syurga A’dn MU, berikanlah ganjaran kebaikan berlipat kali ganda daripada kurniaanMU, selesakan baginda tanpa ada gangguan, dan berikan dari pahalaMU yang baik dan limpahkan pemberianMU yang sebanyaknya. Ya Allah, tinggikan darjat kemuliaan baginda dan rezkinya di sampingMU, sempurnakan petunjuk (hidayah) dan ganjarannya, - sejak dari kebangkitannya-, terimalah penyaksian, redhai dakwahnya yang memiliki ucapan yang adil, wasiat yang tetap dan hujah yang hebat.”5 – Selesai.



Dan jelas dari doa ini, ia merupakan satu tuntutan ‘tambahan’ (kemuliaan) untuk baginda nabi s.a.w.



:عدنك Syurga A’dn



:عطائك المعلول Berasal dari kalimah ‘العل’, bermaksud tegukan minuman demi minuman. Yang dimaksudkan adalah bahawa pemberiannya digandakan, seolah-olah ia meminum dengannya. Yakni pemberiannya, pemberian demi pemberian.



:أعل على بناء الناس Yakni orang-orang yang membina seperti di dalam riwayat.



:بناه Yakni melebihkan amalan baginda dari amalan orang yang beramal.



:مثواه Kedudukannya.



:نُزُله Rezkinya.



:خُطة Huruf Kha berbaris hadapan; "القُصَّة" bermaksud ungkapan yang penuh bermakna.



:الفصل Tetap (putus).





** Risalah fatwa ini telah saya rujuk dan terjemah dari kitab:



Al-Fatawa Al-Hadithiyyah, Syeikh al-Islam Ahmad Shihabuddin bin Hajar al-Haitami al-Makki (909-974 H), Diselidiki oleh Ahmad I’nayah, Cetakan Dar al-Taqwa, Damsyiq – Syria, Cetakan pertama 1428 H-2008 M, Halaman 31-37.



Isnin, 22 Rejab 1431 H bersamaan 5 Julai 2010 M.



Sila rujuk.





Rujukan

_______________________________



1 Ini adalah merupakan sebahagian dari hadith yang dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi, di dalam Sunan al-Kubra 5/73 (8995) dan imam Syafie di dalam kitabnya Musnad, m.s 125 serta imam Tabarani di dalam kitabnya Mu’jam al-Awsat 6/183 (6132).



2 Dikeluarkan oleh imam Tirmizi, Kitab sifat al-Qiamah, al-Raqaiq dan al-Wara’ daripada Rasulullah s.a.w, Bab yang sama tentangnya (2457), al-Hakim di dalam al-Mustadrak 2/457 (3578) dan al-Baihaqi di dalam Syua’b al-Iman 2/187 (1499).



3 Disebutkan oleh imam al-Zahabi di dalam kitabnya Mizan al-I’tidal 5/250, di samping terjemahan Umar bin Sahban (6155), Ibnu A’di di dalam kitab al-Kamil 5/14, di samping terjemahan Umar bin Sahban (1188), Ibnu Hibban di dalam kitab al-Majruhin 2/82 di samping terjemahan Umar bin Sahban (635), disebutkan oleh imam al-Haithami 10/247 (17280), disokong oleh imam al-Bazzar.



4 Dikeluarkan oleh imam al-Bukhari, Kitab Permulaan wahyu, Bab Permulaan wahyu (6), Muslim, Kitab Kelebihan (al-Fadhail), Bab bahawa nabi s.a.w adalah orang yang paling mulia lebih baik dari hembusan angin yang bertiup (2308).



5 Dikeluarkan oleh imam Tabarani di dalam kitab Mu’jam al-Awsat 9/43 (9089).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan